Sunday, 10 June 2018

Kejohanan Bowling SUKAQU dan Iftar Jama’ie (18/5/2018)

Sukan AQUARIORS (SUKAQU) adalah salah satu program yang telah dikendalikan oleh para pelajar Semester 2 Diploma Akuakultur. Program ini telah melibatkan 15 orang pelajar dan 10 orang jemputan termasuk Penolong Rektor UiTM Mukah, Tuan Haji Saudi bin Haji Narani.

Terdapat 11 kumpulan. Kategori yang dipertandingkan terbahagi kepada 2; lelaki dan wanita. Bagi setiap kategori, terdapat 3 pemenang. Individu dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi mendapat anugerah Mata Tertinggi Individu dan Mata Tertinggi Kumpulan.


Lelaki
Wanita
Tempat Pertama : Sir Shafik dan Tuan Haji Saudi
Tempat Pertama : Miss Sitti Hawa dan Miss Liya
Tempat kedua : Sir Syukrie dan Ridhwan
Tempat kedua : Maiyarah dan Miss Ain Johar
Tempat Ketiga : Febian dan Lyonell
Tempat ketiga : Jannah dan Dr Raina

  
Penutupan SUKAQU Bowling

Mengambil keberkataan daripada Maha Esa

Perasmian SUKAQU oleh Tuan Haji Saudi

Sebelum bertolak ke Sibu, Selfie lokk!!!!

Group Selfie is a must!

Para pensyarah yang turut serta

Persiapan sebelum bertanding

Bonding time!

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Tuan Haji Saudi bin Haji Narani

Sir Shafik dengan bangganya menyampaikan hadiah

Jannahhhhhhhh tersenyum lebar mendapat pingat

Tuan Haji Saudi dengan bangga menyampaikan hadiah

Jacklyn sebagai Emcee yang memimpin program ini dari awal hingga akhir

Selepas kepenantan bermain bowling, para peserta dan para pensyarah Iftar di Noraini Cafe, Sibu. Sebelum tiba waktu berbuka, kami semua pergi ke Bazaar Sibu. Bazaar Sibu terletak di hadapan Wisma Sanyan.
Iftar bersama-sama dapat mengukuhkan ukhwah antara pelajar


Video semasa di Bazaar Sibu

Kesimpulannya, program SUKAQU dan iftar Jama'ie mengukuhkan ukhwah antara Ahli AQUARIORS dan para pensyarah. Aktiviti ini juga menambahkan kemahiran insaniah para Ahli AQUARIORS dalam mengendalikan sebarang aktiviti akan datang. 

Saturday, 9 June 2018

Malam Apresiasi Pelajar FPA 2018 (12/5/2018)


Sama seperti semester lepas, Malam Apresiasi Pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi juga dikendalikan oleh pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Ladang. Tema pada semester ini adalah “Good Times in Hawaii”.



Jumlah pelajar yang mendapat anugerah DEKAN makin meningkat pada tahun ini. Hasil daripada program semester lepas, ramai yang menyahut cabaran untuk mendapatkan Anugerah Dekan.



Bagi pelajar Diploma Akuakultur, 3 orang pelajar telah mendapat Anugerah DEKAN dan salah orangnya mendapat satu lagi Anugerah iaitu Anugerah Pelajar Berpotensi.



Latihan Majlis pada sebelah petang

Pelajar semester 2 yang mendapat Anugerah Dekan

Pelajar Dip. Akuakultur bersama Penasihat AQUARIORS

#OOTD pelajar Akuakultur

Husna Hazwani menerima Anugerah DEKAN dengan capaian 3.95 

Nur Jannah menerima Anugerah DEKAN dengan capaian 3.85

Adilah Azli menerima Anugerah DEKAN dengan capaian 3.82

Berikut adalah antara kenangan yang telah tercipta pada semester ke-2 pelajar Diploma Akuakultur Batch pertama. Semoga semester depan semua pelajar Akuakultur mendapat keputusan yang cemerlang.

FIELD TRIP TO KUCHING (5/4/2018-8/4/2018)


Field trip ini berlangsung pada semester 2 iaitu pada 5/4/2018 sehingga 8/4/2018. Field trip ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam di Kuching.



Field trip ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam terhadap bidang Akuakultur kepada para pelajar. Antara tempat yang dilawati ialah, PPES Aqua di Santubong, FRI Bintawa, Pusat Penerangan Kehidupan Marin Pejabat Perikanan Laut Daerah Sematan dan Pusat Penetasan di Samariang.



Field Trip ini telah dibimbing oleh Dr Shariffah Raina yang mengajar kursus AQU127 iaitu Aquatic Ecology and Environment. Selain Dr Raina, Sir Shafik yang mengajar kursus AQU167 iaitu Aquaculture Technology juga turut serta dalam Field Trip ini.



Pelbagai pendedahan baru yang kami semua perolehi melalui Field Trip ini. Sehubungan dengan itu, Field Trip ini serba sedikit membantu kami dalam pembelajaran.

Sebelum bergerak ke Kuching pada 5/4/2018


Pusat Penerangan Hidupan Marin Sematan

Bersama Tukun; salah satu teknologi Akuakultur

Singgah sebentar di Sematan

Berlatar belakang Gunung Santubong di PPES Aqua

Pelajar sedang menerima maklumat daripada pakar di Pusat Penetasan Samariang

Para pelajar tekun mendengar penjelasan yang diberikan oleh pihak berkenaan

Meluangkan sedikit masa di Pantai Damai sambil mencari maklumat tentang kursus AQU127

Field trip ini menjadi salah satu memori yang sukar dilupakan bagi kami semua. Hasil penat lelah menyediakan kertas kerja dan menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya kami berjaya mengendalikan Field Trip ini dengan jayanya. Selain itu, kami memperoleh pelbagai informasi mengenai Akuakultur sepanjang Field Trip ini.


Malam Apresiasi Pelajar FPA (2 December 2017)


Malam Apresiasi Pelajar ialah sebuah makan malam yang meraikan para pelajar yang mendapat keputusan DEKAN. Program ini memberi penghargaan kepada semua pelajar yang mendapat Anugerah DEKAN dan anugerah-anugerah lain.



Malam Apresiasi ini sangat memberi impak yang tinggi kepada pelajar lain kerana perasaan tercabar itu wujud didalam hati. Siapa saja yang tidak tercabar bila kawan naik pentas terima anugerah tetapi kita dibawah menepuk tangan untuknya? Disebalik perasaan bangga kawan mendapat anugerah itu pastu terselit perasaan tercabar itu.



Program ini dikendalikan oleh pelajar Semester 4 Diploma Pengurusan Ladang. Seperti Semester 1 (September – December 2017) tema Malam Apresiasi adalah bertemakan Black Rose Night.


Siswi-siswi Diploma Akuakultur

Kejutan khas buat Husna Hazwani

Jacklyn dan Husna 

Tuntasnya, Malam Apresiasi ini telah berjalan dengan lancar dan kejutan khas untuk Husna juga berjaya. Dengan itu, ramai pelajar semester 1 yang tercabar melihat senior-senior mereka mendapat anugerah DEKAN dan menanam hasrat untuk mendapat anugerah tersebut juga untuk semester akan datang. Program ini sangat memberi impak positif kepada para pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.

Team Building Anjuran D'Planters Guild (6-8 October 2017)


Team Building adalah satu aktiviti wajib bagi pelajar Diploma Pengurusan Ladang. Program ini dikendalikan oleh pelajar Diploma Pengurusan Ladang semester terakhir. Program ini dijalankan untuk menanam semangat yang tinggi dalam diri pelajar dan memupuk sikap hormat menghormati antara sesama pelajar mahupun pensyarah.

Team building ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Belia Mukah. Kumpulan AT110 (Dip. Pengurusan Ladang) dan AT117 (Dip. Akuakultur) dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama fasilitator masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki menjaga setiap amanah yang diberi semasa kem berlangsung.

Pelajar semester 1 berkumpul di Kem Belia Mukah

Pelajar semester 1 sedang diberi ceramah mengenai akhlak

Satu kumpulan dikehendaki membuat semua aktiviti bersama-sama

Antara aktiviti dilakukan semasa kem

Aktiviti berkumpulan

Aktiviti membina Human Tower di dalam kolam

Maisyarah memberi 'feedback' tentang program ini

Aktiviti memasak mengguna bahan semula jadi

Senior Part 5 bersama Junior Part 1


Kesimpulannya, Team Building ini telah menjadi suatu acara paling bermakna bagi kami semua. Banyak yang kami belajar daripada program ini contohnya, menghormati antara satu sama lain. Selain itu, hubungan pelajar AT117 dan AT110 menjadi lebih erat daripada sebelum ini.

Seindah Kerlipan Bintang Di Langit (SKBL) 11 November 2017


Seindah Kerlipan Bintang Dilangit (SKBL) ialah sebuah kem kepimpinan yang pertama kali dianjurkan oleh AQUARIORS sendiri. Objektif kem ini adalah untuk memantapkan akidah dan akhlak pelajar pelajar Diploma Akuakultur yang mendaftar dibawah kelab AQUARIORS. Kem kepimpinan ini diwajibkan kepada setiap pelajar Semester 1 pada setiap semester.

Tentatif Program :

7.45-8.00am : Pelajar berkumpul di FPA
8.00-9.00am : Riadah & Minum Pagi di Pusat Akua
9.00-10.00am: Slot 1 – Bermulanya Sebuah Kisah
10.00-11.00am : Slot 2 – Siapakah Aku yang Sebenar?
11.00-12pm : Slot 3 – Sesat dalam Pencarian
12-1.00pm : Makan Tengah Hari & Solat Zohor
1.00-2.00pm : Slot 4 – Sahabat Sejati
2.00-3.00pm : Slot 5 – Usikan Jiwa
3.00-4.00pm : Majlis Penutupan

Pelajar AQUARIORS bersama para pensyarah

Pelajar AQUARIORS bersama Dr Raina

Pensyarah Akuakultur merangkap Penasihat AQUARIORS, Sir Shafik


Tuntasnya, SKBL ini amat memberi impak kepada kami semua dari segi akidah, akhlak dan lain-lain. Program yang mengambil masa satu hari ini akan menjadi kenangan bagi semua Batch Pertama Akuakultur.


Sukan Tertutup FPA Anjuran D'Planters

Aktiviti pertama pelajar AQUARIORS ialah D’Planters Sport Day yang berlangsung pada 12 November 2017. Sukan ini dianjur oleh D’Planters Guild iaitu dikendalikan oleh pelajar Diploma Pengurusan Ladang Semester 2. Sukan ini berlangung selama 1 hari sahaja di Stadium Mukah.

Sukan ini terbuka kepada pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi sahaja. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti, 400meter, 200meter, 100meter, 4 x 400meter, 4 x 200meter dan pelbagai lagi. Tidak ketinggalan, sukaneka antara pihak penganjur dan para pelajar dan pensyarah.


Sukan ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Semua pelajar dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri dan bersama pensyarah. 

Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Mukah Sarawak


Minggu Destini Siswa atau lebih dikenali MDS oleh pelajar-pelajar UiTM. MDS bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru mengenai peraturan-peraturan di UiTM. MDS bagi UiTM Mukah 2 Cawangan Sarawak sesi 2017/2018 berlangsung selama 3 hari. Kebiasaannya Minggu Destini Siswa ini berlangsung selama 1 minggu, akan tetapi semasa pengambilan sesi 2017/2018 kebetulan jatuh di Bulan Ramdhan, MDS dipendekkan menjadi 3 hari sahaja.

Antara aktiviti dilakukan sepanjang MDS, menghafal lagu keramat UiTM, pengenalan mengenai peraturan-peraturan UiTM, sesi suai kenal bersama para pelajar dan para pensyarah dan ‘ice breaking’.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah merapatkan silaturahim antara para pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dari Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia. MDS dikendalikan oleh para Pembimbing Minggu Destini Siswa (PMDS). Para PMDS menjadi fasilitator untuk membimbing para pelajar baharu.



Gambar diatas ialah gambar kumpulan 2017/2018 yang menjalani Minggu Destini Siswa  bersama PMDS. 

Diploma Akuakultur UiTM Mukah Sarawak


Diploma Akuakultur (Diploma in Aquaculture)? Diploma bidang apa tu? Takpernah dengar pun? Belajar pasal apa? Ikan ke? Mari mendalami program ini dahulu.

Mesti hati tertanya-tanya apa itu Akuakultur (Aquaculture) kan? Akuakultur ini ialah satu bidang sains yang mengkaji tentang kehidupan di dalam air. Tidak terhad kepada ikan, tetapi meliputi algae, krustasia (udang, ketam dsb) dan moluska ( sotong, kerang, kupang dsb).

 Diploma Akuakultur adalah satu diploma baru ditubuhkan di UiTM Malaysia. Diploma Akuakultur mempunyai 5 semester; 4 semester di kampus dan 1 semester latihan industry. Hanya satu kampus yang menawarkan kursus Akuakultur di UiTM setakat ini iaitu di UiTM Mukah 2 Sarawak. Kumpulan pertama adalah pada pengambilan sesi 2017/2018. Seramai 15 orang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran kursus ini.  Diploma Akuakultur bernaung dibawah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi. 

Dibawah ialah senarai kursus (course outline) yang bakal dipelajari oleh semua pelajar Diploma Akuakultur.




Kesimpulannya, Diploma Akuakultur ini sangat menarik dan mampu memberi jaminan kepada sesiapa yang ingin mendalami tentang kehidupan dunia laut atau air. Sangat sesuai untuk remaja-remaja yang gemar meneroka alam baharu. Maju Akuakultur demi alam sekitar!