Saturday, 9 June 2018

Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Mukah Sarawak


Minggu Destini Siswa atau lebih dikenali MDS oleh pelajar-pelajar UiTM. MDS bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru mengenai peraturan-peraturan di UiTM. MDS bagi UiTM Mukah 2 Cawangan Sarawak sesi 2017/2018 berlangsung selama 3 hari. Kebiasaannya Minggu Destini Siswa ini berlangsung selama 1 minggu, akan tetapi semasa pengambilan sesi 2017/2018 kebetulan jatuh di Bulan Ramdhan, MDS dipendekkan menjadi 3 hari sahaja.

Antara aktiviti dilakukan sepanjang MDS, menghafal lagu keramat UiTM, pengenalan mengenai peraturan-peraturan UiTM, sesi suai kenal bersama para pelajar dan para pensyarah dan ‘ice breaking’.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah merapatkan silaturahim antara para pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dari Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia. MDS dikendalikan oleh para Pembimbing Minggu Destini Siswa (PMDS). Para PMDS menjadi fasilitator untuk membimbing para pelajar baharu.



Gambar diatas ialah gambar kumpulan 2017/2018 yang menjalani Minggu Destini Siswa  bersama PMDS. 

No comments:

Post a Comment