Sunday, 10 June 2018

Kejohanan Bowling SUKAQU dan Iftar Jama’ie (18/5/2018)

Sukan AQUARIORS (SUKAQU) adalah salah satu program yang telah dikendalikan oleh para pelajar Semester 2 Diploma Akuakultur. Program ini telah melibatkan 15 orang pelajar dan 10 orang jemputan termasuk Penolong Rektor UiTM Mukah, Tuan Haji Saudi bin Haji Narani.

Terdapat 11 kumpulan. Kategori yang dipertandingkan terbahagi kepada 2; lelaki dan wanita. Bagi setiap kategori, terdapat 3 pemenang. Individu dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi mendapat anugerah Mata Tertinggi Individu dan Mata Tertinggi Kumpulan.


Lelaki
Wanita
Tempat Pertama : Sir Shafik dan Tuan Haji Saudi
Tempat Pertama : Miss Sitti Hawa dan Miss Liya
Tempat kedua : Sir Syukrie dan Ridhwan
Tempat kedua : Maiyarah dan Miss Ain Johar
Tempat Ketiga : Febian dan Lyonell
Tempat ketiga : Jannah dan Dr Raina

  
Penutupan SUKAQU Bowling

Mengambil keberkataan daripada Maha Esa

Perasmian SUKAQU oleh Tuan Haji Saudi

Sebelum bertolak ke Sibu, Selfie lokk!!!!

Group Selfie is a must!

Para pensyarah yang turut serta

Persiapan sebelum bertanding

Bonding time!

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Tuan Haji Saudi bin Haji Narani

Sir Shafik dengan bangganya menyampaikan hadiah

Jannahhhhhhhh tersenyum lebar mendapat pingat

Tuan Haji Saudi dengan bangga menyampaikan hadiah

Jacklyn sebagai Emcee yang memimpin program ini dari awal hingga akhir

Selepas kepenantan bermain bowling, para peserta dan para pensyarah Iftar di Noraini Cafe, Sibu. Sebelum tiba waktu berbuka, kami semua pergi ke Bazaar Sibu. Bazaar Sibu terletak di hadapan Wisma Sanyan.
Iftar bersama-sama dapat mengukuhkan ukhwah antara pelajar


Video semasa di Bazaar Sibu

Kesimpulannya, program SUKAQU dan iftar Jama'ie mengukuhkan ukhwah antara Ahli AQUARIORS dan para pensyarah. Aktiviti ini juga menambahkan kemahiran insaniah para Ahli AQUARIORS dalam mengendalikan sebarang aktiviti akan datang. 

2 comments:

  1. Rindunyaa nak main bowling sama-sama. iftar juga :') now ramadhan pun dah nak habis, semoga kiota bertemu lagi ramadhan yang akan datang dan dapat menunaikan ibadah puasa bersama-asma Geng Aqua!

    ReplyDelete
  2. rinduuu... actually this is my first time play bowling... so no wonder la my bol salalu ke parit.. slalu dpt 0.. but still i enjoy sesangat... i bangga ..hahaha.. then iftar sesama.. weh ..banyak gila i makan.. boncit yut..

    ReplyDelete