Saturday, 9 June 2018

FIELD TRIP TO KUCHING (5/4/2018-8/4/2018)


Field trip ini berlangsung pada semester 2 iaitu pada 5/4/2018 sehingga 8/4/2018. Field trip ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam di Kuching.



Field trip ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam terhadap bidang Akuakultur kepada para pelajar. Antara tempat yang dilawati ialah, PPES Aqua di Santubong, FRI Bintawa, Pusat Penerangan Kehidupan Marin Pejabat Perikanan Laut Daerah Sematan dan Pusat Penetasan di Samariang.



Field Trip ini telah dibimbing oleh Dr Shariffah Raina yang mengajar kursus AQU127 iaitu Aquatic Ecology and Environment. Selain Dr Raina, Sir Shafik yang mengajar kursus AQU167 iaitu Aquaculture Technology juga turut serta dalam Field Trip ini.



Pelbagai pendedahan baru yang kami semua perolehi melalui Field Trip ini. Sehubungan dengan itu, Field Trip ini serba sedikit membantu kami dalam pembelajaran.

Sebelum bergerak ke Kuching pada 5/4/2018


Pusat Penerangan Hidupan Marin Sematan

Bersama Tukun; salah satu teknologi Akuakultur

Singgah sebentar di Sematan

Berlatar belakang Gunung Santubong di PPES Aqua

Pelajar sedang menerima maklumat daripada pakar di Pusat Penetasan Samariang

Para pelajar tekun mendengar penjelasan yang diberikan oleh pihak berkenaan

Meluangkan sedikit masa di Pantai Damai sambil mencari maklumat tentang kursus AQU127

Field trip ini menjadi salah satu memori yang sukar dilupakan bagi kami semua. Hasil penat lelah menyediakan kertas kerja dan menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya kami berjaya mengendalikan Field Trip ini dengan jayanya. Selain itu, kami memperoleh pelbagai informasi mengenai Akuakultur sepanjang Field Trip ini.


1 comment:

  1. this is a wonderful trip for us.. we gain a lot of new knowledge that we cant learn inside bilik kuliah.. also, we meet new people and gain new experience that give us benefit in future.... let go to sabah for our next trip.. yeah..

    ReplyDelete