Team Building adalah satu aktiviti
wajib bagi pelajar Diploma Pengurusan Ladang. Program ini dikendalikan oleh
pelajar Diploma Pengurusan Ladang semester terakhir. Program ini dijalankan
untuk menanam semangat yang tinggi dalam diri pelajar dan memupuk sikap hormat
menghormati antara sesama pelajar mahupun pensyarah.
Team building ini berlangsung
selama 3 hari 2 malam di Kem Belia Mukah. Kumpulan AT110 (Dip. Pengurusan Ladang)
dan AT117 (Dip. Akuakultur) dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama
fasilitator masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki menjaga setiap amanah
yang diberi semasa kem berlangsung.
Pelajar semester 1 berkumpul di Kem Belia Mukah
Pelajar semester 1 sedang diberi ceramah mengenai akhlak
Satu kumpulan dikehendaki membuat semua aktiviti bersama-sama
Antara aktiviti dilakukan semasa kem
Aktiviti berkumpulan
Aktiviti membina Human Tower di dalam kolam
Maisyarah memberi 'feedback' tentang program ini
Aktiviti memasak mengguna bahan semula jadi
Senior Part 5 bersama Junior Part 1
Kesimpulannya, Team Building ini telah menjadi suatu acara paling bermakna bagi kami semua. Banyak yang kami belajar daripada program ini contohnya, menghormati antara satu sama lain. Selain itu, hubungan pelajar AT117 dan AT110 menjadi lebih erat daripada sebelum ini.
harap ii pandemic ini berkurang supaya cepat ii masuk kampus..
ReplyDelete