Malam Apresiasi Pelajar ialah sebuah makan malam yang
meraikan para pelajar yang mendapat keputusan DEKAN. Program ini memberi penghargaan
kepada semua pelajar yang mendapat Anugerah DEKAN dan anugerah-anugerah lain.
Malam Apresiasi ini sangat memberi impak yang tinggi kepada
pelajar lain kerana perasaan tercabar itu wujud didalam hati. Siapa saja yang
tidak tercabar bila kawan naik pentas terima anugerah tetapi kita dibawah menepuk
tangan untuknya? Disebalik perasaan bangga kawan mendapat anugerah itu pastu
terselit perasaan tercabar itu.
Program ini dikendalikan oleh pelajar Semester 4 Diploma
Pengurusan Ladang. Seperti Semester 1 (September – December 2017) tema Malam
Apresiasi adalah bertemakan Black Rose Night.
Siswi-siswi Diploma Akuakultur
Kejutan khas buat Husna Hazwani
Jacklyn dan Husna
Tuntasnya, Malam Apresiasi ini telah berjalan dengan lancar dan kejutan khas untuk Husna juga berjaya. Dengan itu, ramai pelajar semester 1 yang tercabar melihat senior-senior mereka mendapat anugerah DEKAN dan menanam hasrat untuk mendapat anugerah tersebut juga untuk semester akan datang. Program ini sangat memberi impak positif kepada para pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.
waaaaa.... so lovely... i cant forget my birthday surprise from you guys... chocolate cake ... aww sweet .. i terharu... sayang u alls
ReplyDelete